JANGAN TENGOK CERMIN LAGI

​JANGAN TENGOK CERMIN LAGI

Bab 5

Tengah aku kaku tu, tiba2 terdengar bunyi jeritan kat luar bilik. Aku tolak Finaz sekuat hati dan berlari ke luar bilik. Macam terasa2 Finaz mengejar aku.

Kat luar, keadaan nampak macam agak kalut.

Kelihatan Sue dan Fiqa sedang memegang Hanim yang menjerit2 seperti takutkan sesuatu. Matanya melilau melihat keliling. 

Di satu sudut lain pulak, aku nampak Shikin dipegang oleh Azwa. Keadaan Shikin pun sama macam Hanim. Terjerit2 seperti nak lari sbb melihat sesuatu yang menakutkan.

“Ida, cepat tolong! Jangan tercegat je kat situ!” Jerit Azwa.

“Kita kena minta bantuan ni.” Sahutku. Tak tahu nak buat apa. 

Hanim dan Shikin terus menjerit2 macam diserang histeria. 

“Cepatlah Ida. Pergi panggil siapa2. Panggil budak2 dari hostel lelaki pun takpe. Takpun kau cuba tengok kat lab, mana tau Profesor Azman masih kat sana.” Fiqa sempat lagi bagi jalan sedangkan yang lain dah buntu.

Belum sempat aku turun tangga, kelihatan En. Fazli, pensyarah subjek pentadbiran berlari2 menaiki anak tangga.

“Apahal? Siapa yg menjerit tu? Apa dah jadi?” Tanyanya padaku bertalu2.

“Tak tau En Fazli. Mereka tiba2 menjerit macam tu.” Jawabku.

Beberapa pelajar lain dari bilik lain menjenguk keluar. Tapi En Fazli mengarahkan mereka masuk ke bilik masing2.

En. Fazli mengeluarkan telefonnya, lalu menghubungi seseorang.

Dalam 5 minit kemudian, Prof Azman tiba bersama 2 pelajar lelaki dan Ustaz Izuddin.

“Kamu pun pergi masuk bilik kamu Azida,” arah En. Fazli. Masa tu baru aku teringatkan Finaz kat dalam bilik.

“Apa kamu tercegat lagi kat situ? Pergi masuk bilik kamu,” Prof Azman pula suruh, suara macam nak marah je. Stress kot tengok keadaan Shikin dan Hanim tu.

“Saya tak berani masuk bilik,” jawabku.

“Kenapa?” Tanya En. Fazli.

“Shafinaz kat dalam bilik tu pun berperangai pelik,” jawabku lagi.

“Pelik macammana?” Tanya Ustaz Izuddin.

“Dia macam orang lain. Ustaz pergi lah tengokkan,” kataku lagi.

Shikin dan Hanim terus menjerit. Dipegang oleh pelajar lelaki tadi, tapi nampak macam tenaga mereka sangat kuat.

Ustaz Izuddin memegang ibu jari kaki Hanim, membacakan sesuatu dan menarik kasar membuatkan Hanim menjerit kuat dan terkulai pengsan. Perkara yang sama Ustaz buat kepada Shikin.

Setelah kedua2nya diam, Ustaz Izuddin mengambil air, membaca sesuatu dan meniupkan ke dalam air berkenaan lalu merenjiskan ke muka mereka. Barulah Hanim dan Shikin tersedar, macam orang baru bangun tidur. Tapi wajah mereka masih nampak macam ketakutan, tercari2 sesuatu di keliling mereka.

“Dah, pergi masuk bilik. Kalau boleh solat, solatlah. Isya’ pun dah dekat ni.” Kata prof Azman. Hanim dan Shikin akur. Mereka dipimpin masuk ke bilik oleh Fiqa dan Azwa.

Ustaz Izuddin kemudiannya bergerak menuju ke bilik aku. Aku ikut.

“Kamu tunggu kat sini,” Ustaz Izuddin bagi arahan kat aku. Aku angguk tapi masih teringin nak jenguk ke dalam bilik. Nak jugak tau apa dah jadi kat Finaz yang pelik tadi.

Aku berdiri di tepi pintu diluar bilik. Ustaz Izuddin, En Fazli dan Prof Azman bergerak masuk ke bilik kami. Dua orang pelajar lelaki tadi telah diarahkan balik ke hostel mereka semula setelah dipesan agar tidak menceritakan hal tersebut kepada sesiapa.

Setelah ketiga2 mereka masuk ke bilik tu, aku dengar bunyi ketawa nyaring. Itu bukan suara Finaz tapi bunyi tu datang dari bilik aku.

Tengah aku memfokuskan diri mendengar apa yg jadi, tiba2 aku terasa seperti ada seseorang berdiri di belakang aku.

Bersambung….

One thought on “JANGAN TENGOK CERMIN LAGI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s