JANGAN TENGOK CERMIN LAGI.

​JANGAN TENGOK CERMIN LAGI.

Bab 4

Dalam keadaan aku terpaku tu, tiba2 pintu bilik terkuak. Finaz masuk dengan kepala berbungkus tuala. Dia tergamam melihat aku yg sedang kaku menghadap cermin tu.

“Kau dah kenapa Ida?” Tanyanya sambil mengelap rambutnya yang basah.

Aku memandang kembali ke arah cermin tu. Takde apa, cuma bayangan aku sendiri. Aku kelu, tak dapat bersuara.

Finaz menepuk pipi aku kuat bila dia tengok aku masih berdiri di situ dengan muka cuak.

“Kan aku dah cakap, jangan tidur lepas asar. Nanti kau gila,” usik Finaz lagi. Rileks je dia. Mcm dah lupa pasal cermin tu.

“Pergi mandi la Ida oiiii. Dah  nak masuk maghrib ni.” Finaz menolak aku.

Aku ambil tuala dan keluar dari bilik. Terus menuju ke bilik mandi. Masuk je bilik mandi tu, aku dah terkejut sendiri bila nampak diri aku sendiri kat dalam cermin. Ada 3 orang lagi kat dalam bilik mandi tu, masing2 melihat aku dengan wajah yang pelik. Mungkin kerana gelagat aku yang mengangkat tangan menutup muka aku dari memandang cermin tu.

Aku masuk ke dalam salah satu bilik mandi. Mandi ala2 kadar je, lepas tu keluar. Masa aku keluar, takde sorang pun dah kat dalam tu. Terdengar azan maghrib dah berkumandang dari masjid yang berhampiran dgn hostel.

Aku beranikan diri memandang cermin di sepanjang dinding bilik mandi tu. Aku berhenti di salah satu sinki kat situ. Orang kata masa azan, hantu syaitan tak berani keluar.

Tapi aku lupa 2 perkara lain. Pertama, aku dalam keadaan datang bulan, dan tandas dan bilik air adalah tempat syaitan menyorok di kala azan.

Sedang aku membelek cermin tu, aku nampak kat belakang aku macam ada sesuatu yang bergerak. Warna hitam. Aku amati. Benda tu seperti rambut yang sangat panjang kelihatan seperti berjuntai dari siling bilik mandi tu. Dan makin lama aku amati, nampak macam ada tangan pulak yang merangkak keluar secara terbalik dari siling tu.

Melompat gak aku, seriau rasanya. Aku toleh, takde apa kat situ. Dan aku tak berani nak pandang cermin tu lagi, terbayang dah apa yg aku lihat di dalam bilik tadi.

Makanya, aku terus keluar dan berlari ke bilik. Aku terfikir jugak, orang lain tak nampak ke? Atau perasaan aku je. 

Teringat kata2 Finaz pagi tadi, jangan cakap besar. Tapi aku bukan cakap besar, aku nak menenangkan hati sendiri je. Salah jugak ke?

Aku terus masuk bilik. Sebaik je masuk bilik, aku dah terkejut balik.

Aku tengok Finaz sedang menari tarian seperti kuda kepang di hadapan cermin tu! Dan cermin tu pulak dah retak!

Aku pandang Finaz. Dia tak pedulikan aku, terus dgn tariannya. Wajahnya pun lain macam je aku tengok, mekapnya macam pelakon opera. Aku tahu, dia memang suka melawa, bergaya, belek dirinya dalam cermin. Tapi bukan macam yg aku tengok sekarang. Ahhh… sudah! Apa pulak kali ni?

Aku berjalan masuk ke dalam bilik. Pergi ke almari aku. Bukak dan ambil barang2 aku. Finaz masih macam tu.

“Finaz!” Aku panggil.

Finaz berhenti menari. Dia pandang aku dgn mata macam nak terkeluar. Dah la mekap mcm hantu dah, tengok pulak aku mcm tu, di waktu maghrib ni. Adoi, bergegar jugak tulang belakang aku ni.

“Kau ni dah kenapa Finaz?” Aku beranikan diri bertanya.

Finaz tak menyahut, tapi di melangkah menghampiri aku. Seram sejuk oooo…. 

Dia berjalan mengelilingi aku sambil ketawa kecil. Meremang bulu roma aku. Euuwwww……

Dia memandang aku dari atas ke bawah, dari depan ke belakang. Sesekali jarinya meleret kat belakang aku, kat tengkuk aku. Aduhai….. 

Bersambung….

One thought on “JANGAN TENGOK CERMIN LAGI.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s