JANGAN TENGOK CERMIN LAGI.

​JANGAN TENGOK CERMIN LAGI.

Bab 3

“Masa aku tengok dalam cermin tu, aku nampak ada sesuatu kat belakang aku. Tapi bila aku menoleh, takde apapun. Lepas tu aku pandang cermin tu balik. Bukan bayangan aku dalam cermin tu tapi ada bayangan seorang perempuan, dgn rambut panjang mengurai, bajunya lusuh, kaki dan tangannya hitam macam terbakar. Kukunya panjang. matanya merah memandang ke arah aku.” Cerita Finaz.

“Bayangan kau aje kot. Kau kan suka berangan?” Tanyaku balik.

“Aku tau la apa yg aku nampak,” kata finaz macam bengang aku tak percayakan kata2nya.

“Kau nampak dia je la kan? Tapi dia tak buat apa2 kat kau kan?” Tanyaku.

“Nampak je aku terus lari kat kau. Kau ingat aku nak tunggu lagi kat situ ke?” Finaz bersungut.

“Manalah tau. Kot kau nak berkawan dengan dia. Padan sangat dah tu.. Sorang suka tengok cermin, sorang lagi suka duduk dalam cermin,” aku membebel. Tak puas hati sebab tidurku terganggu dengan benda remeh ni. Pasal cermin je. Adoi…. 

“Kau jangan cakap besar Ida. Kau kena nanti baru kau tau,” marah Finaz.

“Dia takkan cari aku la… tak kuasa aku nak mengadap cermin tu je,” balasku lagi.

Finaz diam. Malas kot nak berbahas dengan aku lagi. Mungkin dia dah makin kenal kedegilan aku.

“Sekarang ni mcmmana? Cermin tu tak boleh tanggal pun. Padahal semua tape aku dah bukak,” aku tanya lagi.

Finaz gelengkan kepala tanda tak tahu.

“Kita cuba sehari lagi. Biar je cermin tu. Takde apa kot..kau pun, jgn la asyik nak tengok cermin tu je. Bukannya boleh tukar rupa pun.” Cadangku sambil memerli Finaz.

Finaz tiada pilihan lain selain dari menurut kata2ku.

Sehingga petang, takde apa yang berlaku.

Menjelang maghrib, aku baru tersedar dari tidur. Lama betul aku tidur, sejak lepas zohor tadi. Memandangkan aku bercuti solat, maka aku gunakan hari minggu tu dengan tidur.

Finaz tiada di bilik. Pergi mandi agaknya. Di hostel tu, bilik mandi di luar bilik yang mana kami berkongsi dgn pelajar2 lain dari bilik lain di blok hostel yang sama. Setiap tingkat hostel ada 2 bilik air dan bilik mandi.

Masa tu aku sorang dalam bilik bila tiba2 aku dengar suara perempuan berbisik. 

“Keluarkan aku. Keluarkan aku.” 

Aku cuba fokuskan perhatianku utk mencari punca bunyi tu. Sedang aku tercari2 tu, aku nampak sesuatu bergerak dalam cermin tu. Aku mula cuak dah.

Cermin tu betul2 kat tepi pintu. Bermakna kalau ada apa2 dalam bilik tu, aku kena melalui cermin tu sebelum aku sampai ke pintu untuk berlari keluar.

Bunyi suara halus perempuan berbisik tadi makin kuat. Dan memang jelas aku nampak gerakan dari dalam cermin. Sedangkan di depan cermin tu takde apa yang bergerak pun. Masa ni aku berharap sangat Finaz masuk melalui pintu tu.

Seketika kemudian, bunyi suara dan bayangan di cermin berhenti. Aku bangun dari katil aku, berjalan perlahan ke arah cermin tu.

Sebaik je aku pandang cermin tu, bayangan gadis seperti gambaran Finaz ada berdiri di dalam cermin tu.

Aku keras kat situ. Kaki tak dapat bergerak. Seberani2 aku, aku kaku masa tu. Korang bayangkanlah, korang berdiri menghadap cermin, sepatutnya bayangan korang kat dalam cermin tu, tapi sekarang korang nampak orang lain. Nak kata org, bukan orang. Nak kata hantu, ada ke hantu mcm tu?

Dalam keadaan aku terpaku saling memandang dgn gadis dalam cermin tu, aku nampak gadis tu mengangkat tangannya seperti nak menggapai aku. Tapi aku masih tak boleh bergerak!

Bersambung…

One thought on “JANGAN TENGOK CERMIN LAGI.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s