JANGAN TENGOK CERMIN LAGI.

​JANGAN TENGOK CERMIN LAGI.

Bab 2

Pada satu pagi hari ahad tu, tengah aku syok tidur, tiba2 dia kejutkan aku. Dia peluk aku kuat. Tergamam gak aku sekejap. 

“Kau ni dah kenapa, Finaz?” Marahku dengan nada yang agak kasar sambil tolak dia ke tepi. ‘Sudahlah dua tiga malam aku tak tidur lena sebab nak siapkan assignment, ni baru nak qado tidur, dah dia kacau. Haish! Sebab kau perempuan je, kalau kau lelaki, memang aku sepak dah!’ Dengusku dalam hati.

Dia tak bersuara tapi tangannya terketar2 menunjukkan ke arah cerminnya.

Aku bangun dari katil dan berjalan ke arah cermin tu. Dia ikut belakang aku.

Aku tengok ke dalam cermin tu. Takde apa pun.

“Takde apapun Finaz. Kau jangan macam2, aku nak tidur ni.” Aku marah dia.

“Tadi ada sesuatu kat situ,” Dia tetap dengan kata2nya. 

Demi nak bagi dia senyap, aku buat2 la belek cermin tu lagi. Tetap takde apa.

Aku berpusing ke arah Finaz. Belum sempat aku bersuara, aku terperasan sesuatu!

Dari sisi mataku, aku dapat rasakan sesuatu. Ketika aku menoleh ke arah Finaz, bayangan aku di dalam cermin tu tidak bergerak, maknanya dia masih memandang ke arahku dari dalam cermin tu!

Aku menoleh kembali ke dalam cermin tu. Dan memang aku sedang memandang diriku di dalamnya.

Aku berundur dua tapak ke belakang. Tapi bayanganku di dalam cermin tidak bergerak. Aku mula cuak, tak berani tunggu dekat cermin tu lagi.

“Finaz, kita cabut je la cermin ni.” Kataku kepada Finaz tapi aku tak beritahu dia apa yg aku lihat.

Finaz tak menyahut, dia sekadar mengangguk. Aku membuka tape yang melekatkan cermin tu ke dinding. Masa tu aku ternampak macam ada satu kelibat bayangan di cermin, seperti melayang di atas siling. Tersentak aku. Aku menoleh ke belakang, tempat benda tu kelihatan, tapi takde apa.

Memang cermin tu berhantu ke apa.

Habis semua tape tu aku cabut. Tapi cermin tu tetap terlekat kat dinding tu. Aku tarik sepenuh daya aku tapi tak berjaya.

“Finaz, meh tolong aku cabut cermin kau ni,” aku panggil Finaz.

Walaupun berdua, cermin tu seperti terlekat dan tak semena2 kedengaran suara tertawa seorang gadis. Halus je bunyinya.

Finaz peluk aku. Aku tolak dia. “Hish kau ni Finaz. Sikit2 peluk aku. Rimas tau tak?” Marahku. Stress betul.

“Suara siapa tu?” Tanyanya.

“Manalah aku tau,” sahutku sambil masih cuba menarik cermin tu dari terus melekat di dinding.

“Kau ada guna pelekat lain ke utk lekat cermin ni?” Aku tanya lagi. Finaz hanya geleng kepala.

“Habis tu, kenapa masih melekat ni?” Aku tanya lagi tak puas hati. Aku ni ambil kursus kejuruteraan kot. Fizik semua tu aku belajar. Mana boleh cermin tu melekat kat di dinding kalau takde medium perantaraan yang melekatkannya.

Aku duduk kat tepi katil sambil memandang cermin tu. Lepas tu aku pandang Finaz yang masih pucat ketakutan.

“Kau nampak apa tadi?” Tanyaku ingin kepastian.

Bersambung….

One thought on “JANGAN TENGOK CERMIN LAGI.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s