JANGAN TENGOK CERMIN LAGI

​JANGAN TENGOK CERMIN LAGI.

Bab 1

Korang percaya tak, setiap kali kita tengok ke dalam cermin, ada 1 makhluk lain tengok kita dari dalam cermin tu? Jgn main2 tau.

Haaaaaaaa……

Mai aku citer sikit.

Dulu, masa aku belajar kat universiti tempatan kat shah alam. Aku dok sebilik dgn sorang minah ni. Dia berasal dari pantai timur. Orangnya lawa, pandai bergaya. Belajar pun pandai. Kira serba serbi elok la.

Masa hari mula2 aku datang hostel tu, aku ingat aku dapat la dgn kawan yg gila2 mcm aku jugak tapi dah rezki aku dapat member sebilik minah feminin.

Hari pertama kat bilik hostel, perkara pertama yang dia buat, dia lekatkan cermin kat dinding bilik kami. Cermin besar pulak tu. Mula2 aku ingat, cermin yg muat muka tu je, rupanya cermin yg muat satu badan dari kepala ke kaki. Aduhai……

Aku tanya dia, kenapa nak cermin besar2 macam tu. Dia jawab barulah puas tengok diri kita dalam cermin. Rupa kita melambangkan peribadi dan sikap kita. Bila kita puas hati dgn rupa kita, barulah keyakinan diri kita tinggi. Bla bla bla…..

Dan aku sumpah takkan tanya pasal cermin tu lagi.

Hari pertama kelas, dia dah bersiap awal. Aku masih tertiarap lagi kat katil, dia dah bergaya kat depan cermin tu.

Kursus kami tak sama.. dia ambil bidang kesetiausahaan, aku pulak bidang kejuruteraan. Jadi memang kami tak sehaluan. Tapi ditakdirkan duduk bilik sama. Jadi aku tak tau bagaimana keadaan dia ketika kuliah. Apa yg aku tahu, kat dalam beg dia pun ada cermin.

Sungguhpun kami tak sehaluan, kami takde la sampai tak bertegur sapa.. Cuma rasanya utk jadi bestfriend tu, bukan lah dia orangnya.

Hinggalah pada satu malam masa tu, masa aku tengah nak siapkan aasignment, dia tiba2 datang tepi aku. Perlahan je dia datang.. Pandang aku semacam. Kami jarang berbual. Mungkin sebab sikap tak sama,  kursus kami pun tak sama.

Tapi bila dia dah pandang aku mcm ada sesuatu je, aku pun berhenti menulis. Aku pandang dia.

“Kau ni dah kenapa beb?”

“Kau perasan tak, dlm bilik ni mcm bukan kita berdua je. Mcm ada orang lain,” katanya.

“Apa benda pulak kau ni? Aku tak rasa apa2 pun,” aku mula cuak. Sesungguhnya aku pun ada rasa macam tu. Tapi aku ingat perasaan aku je. Lagipun aku tak berapa nak layan la feeling2 ni.

“Aku pernah nampak sesuatu kat cermin tu,” dia cakap lagi.

“Itukan cermin kau? Kau je tau,” aku jawab balik. Malas nak layan. Aku ambil balik pensil aku tadi, dan sambung lakaran pelan aku.

Ahh… tak kuasa aku. Berlambak lagi assignment yg aku kena siapkan. Daripada aku buat ujikaji kat cermin tu.

Jadi, aku buat tak tau je dgn aduan dia tu. Tapi hati aku dah rasa lain macam.

Bersambung…

 

One thought on “JANGAN TENGOK CERMIN LAGI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s